![]() | |
| Ikan Talapia Steam Resipi Puo2 aku.... |
RESIPI IKAN TALAPIA STEAM ALA PUO2
2 ekor ikan talapia
100 ml jus halia
3 sudu besar jus limau nipis
1 biji tomato hiris wages
5cm halia di hiris halus
Cili merah dan hijau hiris (kalu nak)
bawang besar dan putih goreng
garam n pak aji (kalu nak) secukup rasa
** Dalam satu mangkuk besar yang muat ikan2 tu.. susun ikut "giliran"..
1. ikan yang dilumur garam n pak aji secukup rasa
2. Tuang jus halia (gaul dulu sb nanti pati dia mendak)
3.Tabur kan halia (sumbat sikit dalam perut ikan)
4. Susun tomato cantik2 (aku wat aritu tak cantik hantam saja..kihkihkih)
5. Tabur cili dan bawang
6. Pas tu steamkan dalam steamer atau kuali dalam 10 min(**)
(pastikan steamer dah panas dalam 5 min sebelum masuk ikan yer)
Finally sebelum hidang kalu nak taburkan daun bawang hiris..
(dalam gambar aku tak letak sb lupa nak beli hihihi)
** Tips : untuk dapatkan hasil yg cantik.. jangan steam sp mata ikan tersembul kerana itu bermakna dah terlebih masak.. jadi pastikan mata ikan tu cukup2 jer nampak masak dah boleh tutup api..

No comments:
Post a Comment